mencari sesuatu....

Friday 16 September 2011

NtahApaApaNtah: Bila pencuri menelan berlian...


Kejadian ini berlaku di Sepanyol. 15 sept 2011.


Kisahnya bermula dengan dua wanita dari Britain menjamu selera di salah sebuah restoran mewah di Marbella, Sepanyol. Salah seorang daripada kedua wanita tersebut memiliki sebuah beg tangan yang bernilai UD$3,000 dan seutas rantai berlian bernilai US$16,500. Dan dilekatkan di atas kerusi bersebelahan dengannya.

Dua orang lelaki yang berpakaian kemas datang dan duduk sebelah antara wanita tersebut.

Selepas itu, lelaki tersebut bangun dan meninggalkan restoran terlebih dahulu.

Tidak lama kemudian, wanita Britain itu mendapati beg tangan dan rantai berlain mereka telah hilang.

Dalam satu sekatan jalan yang dilakukan oleh Polis Sepanyol, sebuah kereta telah ditahan. Hasil siasatan mendapati, empat orang lelaki dalam kereta tersebut memiliki rekod jenayah. Polis berjaya menemui beberapa benda berharga dan wang termasuk beg tangan dan seutas rantai milik wanita di restoran tadi.

Masalahnya berlarutan apabila berlian yang ada pada rantai tersebut telah tiada.




"Sewaktu operasi, seorang pegawai mendapati salah satu lelaki tersebut meletakkan tangan ke dalam mulutnya." Polis.

Polis membuat andaian bahawa, berlian yang hilang itu mungkin ditelan olah lelaki tersebut.

"Untuk menemui berlian tersebut, kami terpaksa membawanya ke salah sebuah hospital untuk membuat X-ray. Kami dapati berlian tersebut telah ditelan dan dijumpai berada di perutnya."


Nota:
Sepandai-pandai penjenayah menelah berlian, akhirnya kena x-ray jugak...kwkwkwk

No comments:

Post a Comment