mencari sesuatu....

Tuesday 3 May 2011

Kenali Generasi X Y Z




Setiap antara kita mempunyai ciri-ciri dan kehidupan budaya yang berbeza. Ahli sains menjelaskan bahawa, kita dapat dikelaskan kepada generasi X, Y dan Z. Ia ada disebut, dalam buku "grow up digital", Don Tapscott dan  menjelaskan pencirian Generasi X, Y dan Z.



Menurut beliau, Generasi X ialah mereka yang lahir antara 1965 hingga 1976, Generasi Y lahir antara 1977 hingga 1997, manakala Generasi Z ialah mereka yang lahir selepas 1998. 

Generasi X. Selepas Perang Dunia 2, Generasi X muncul dengan berciri kan "pangkah" atau bangkang. Generasi ini mempunyai 1001 idea yang khas untuk membangkang. Cara dia pakai baju salah, cara dia gunting rambut salah dan sebagainya. Itu adalah ciri generasi selepas Perang Dunia 2 yang lebih dikenali sebagai "Baby Boomer" 

Saya lebih berceritakan tentang Generasi Y kerana banyak di luar sana tergolong dalam lingkungan ini.

Generasi Y, lahir selepas Generasi X. "Echo Boomer","Millenial Generation" dan "Net Generation" adalah merujuk kepada generasi yang sama. Sebeneranya, Generasi Y membawa konteks "whY". Golongan yang suka bertanya. Lebih dikenali sebagai golongan Thomas Edison. Namun Thomas Edison yang tidak menjadi kerana bertanya tentang pemikiran "mengapa begitu?", "mengapa begini". Cuma tidak bertanya "apa yang telah saya lakukan?".

Begitu banyak jumlah pengangguran dicatatkan pada Gen Y ini. Satu kajian menunjukkan Gen Y menunjukkan pengangguran tinggi. (Sepanyol 40%,Negara Baltic 35%, Britain 19.1% dan lebih 20% pada negara-negara lain.).

Namun begitu, berdasarkan buku "The Fourth Turning", kitar golongan Millenial ini, bersikap Hero.Mempunyai kepercayaan tinggi dalam kebenaran dan institusi: menjadi convensional, tetapi sangat berkuasa. Hidup dalam keadaan sangat terlindung berbanding dengan generasi sebelumnya. Bergantung kepada kumpulan tertentu dan akan menjadi hero dalam kerja kumpulan tersebut.

Generasi Y mempunyai tahap perubahan yang lama berbanding generasi lain. Jika kita lihat, Gen Y ini, untuk mencapai tahap kematangan adalah lebih lama berbanding dengan generasi yang lain. Di sebabkan itu ada juga yang menyebut ianya sebagai Generasi Peter Pan. Fantasi.

Dan terakhir, Generasi Z muncul selepas generasi suka bertanya (whY). Generasi Z pula merujuk kepada konteks Zzzzz.... iaitu tidak mahu ambil peduli. "Lantaklah apa mereka nak buat". Mereka hidup dengan dunia mereka.

Yang pasti dari setiap dari kita mempunyai ciri yang berbeza dan mempunyai kecendurungan tersendiri. 

Rujukan sumber lain juga ada menyatakan generasi ini tapi dalam kumpulan tahun yang berbeza. Namun, generasi-generasi menunjukkan ciri-ciri sosio-budaya yang berbeza. 

Fakta tambahan,
Ketiga-tiga generasi ini adalah generasi internet. Dan, ketiga-tiga generasi ini juga di katakan sebagai Generasi C yang bermaksud "Connected Generation". Sesiapa di luar sana yang menggunakan twitter, facebook, youtube, dan lain2 lagi sebagai alat komunikasi juga tergolong dalam kumpulan ini.


Sudah pasti setiap yang membaca ini juga golongan Generasi C. Tidak ada halangan untuk berkongsi maklumat, suka duka, dan tanpa mengira usia.
Perasanlah anda sebelum anda diperasankan.

Three LCD Screen Guards / Protectors for Apple iPod Touch 4 / 4G / 4th GenTAG Heuer Men's CAV5185.FT6020 Grand Carrera Automatic Chronograph Black Dial WatchPlayStation 3 160 GB

Rujukan;

No comments:

Post a Comment