mencari sesuatu....

Friday 16 September 2011

NtahApaApaNtah: Bila pencuri menelan berlian...


Kejadian ini berlaku di Sepanyol. 15 sept 2011.


Kisahnya bermula dengan dua wanita dari Britain menjamu selera di salah sebuah restoran mewah di Marbella, Sepanyol. Salah seorang daripada kedua wanita tersebut memiliki sebuah beg tangan yang bernilai UD$3,000 dan seutas rantai berlian bernilai US$16,500. Dan dilekatkan di atas kerusi bersebelahan dengannya.

Dua orang lelaki yang berpakaian kemas datang dan duduk sebelah antara wanita tersebut.

Selepas itu, lelaki tersebut bangun dan meninggalkan restoran terlebih dahulu.

Tidak lama kemudian, wanita Britain itu mendapati beg tangan dan rantai berlain mereka telah hilang.

Dalam satu sekatan jalan yang dilakukan oleh Polis Sepanyol, sebuah kereta telah ditahan. Hasil siasatan mendapati, empat orang lelaki dalam kereta tersebut memiliki rekod jenayah. Polis berjaya menemui beberapa benda berharga dan wang termasuk beg tangan dan seutas rantai milik wanita di restoran tadi.

Masalahnya berlarutan apabila berlian yang ada pada rantai tersebut telah tiada.




"Sewaktu operasi, seorang pegawai mendapati salah satu lelaki tersebut meletakkan tangan ke dalam mulutnya." Polis.

Polis membuat andaian bahawa, berlian yang hilang itu mungkin ditelan olah lelaki tersebut.

"Untuk menemui berlian tersebut, kami terpaksa membawanya ke salah sebuah hospital untuk membuat X-ray. Kami dapati berlian tersebut telah ditelan dan dijumpai berada di perutnya."


Nota:
Sepandai-pandai penjenayah menelah berlian, akhirnya kena x-ray jugak...kwkwkwk
Read More... NtahApaApaNtah: Bila pencuri menelan berlian...

Monday 5 September 2011

UniQ: Lukisan mesin taip...

Pernahkah pembaca di luar sana terfikir untuk membuat lukisan melalui mesin taip. Mesti jauh di sudut fikiran kita untuk melakukannya. Tambahan lagi, zaman sekarang nie semua hanya berharap pada komputer.

Bagi pemikiran lateral mereka mungkin ada idea;

1) Keira Rathbone
2) Paul Smith


Dua insan di atas memiliki kelainan dalam hidup mereka dan memiliki keistimewaan dalam hasil seni mereka.

Zoom hasil kerja mereka.

Paul Smith







Keira Rathbone


Read More... UniQ: Lukisan mesin taip...

Saturday 27 August 2011

Manusia bermata Cyborg





Sebut saja terminator pasti ramai yang tahu. Sebuah filem box-office tahun 90-an.

Kini, Rob Spence, 37 telah "menawarkan" dirinya menjadi terminator dengan meletakkan kamera pada matanya kanan. Rob sebagai pembuat filem dokumentari merupakan insan cacat penglihatan sewaktu kecil lagi akibat satu kemalangan.

Sebenarnya, kamera tersebut tidaklah disambungkan ke saraf otak. Namun, ia di sambungkan terus ke pemancar komputer bimbit Rob. Ia dapat membuat rakaman imej sepanjang perjalanan hidup Rob.

"Ia adalah satu teknologi yang menyeronokan."

"Jika ada tangan yang mempunyai teknologi sama, tidak mustahil jika ada orang yang ingin memotong tangannya. Jika tidak pun mereka akan mula mempertimbangkannya", Rob




Read More... Manusia bermata Cyborg