mencari sesuatu....

Friday 3 June 2011

Ragam XYZ: Jual buah pinggang gara-gara iPad 2

Sewaktu saya melayari berita dalam online ini, terjeling pula satu tajuk yang ingin saya ketahui.. Mungkin ini boleh menjadi panduan kita untuk menentukan tahap materialistik kita.

Beritanya;,,,,

Seorang pelajar lelaki dari China, 17, dilaporkan telah menjual buah pingangnya, untuk membeli sebuah iPad2 dan laptop. Buah pinggang tersebut berharga 20, 000 yuan (RM9+++). **Banyak iPad2 boleh beli tu....

"Saya sangat ingin memiliki iPad2". Itulah yang dikatakan kepada TV Shenzuan.


Tanpa tak diduga, pelajar tersebut, mendapatkan maklumat tentang pembeli organ melalui internet."Saya mendapat tahu, ada pihak yang ingin membeli organ dengan bayaran 20, 000 yuan". Dengan kesungguhannya, dia terpaksa bergerak dari Hunan ke Chenzhou untuk tujuan tersebut, selepas rundingan dicapai dengan ahli sindiket pembeli organ tersebut.

Setelah tiba di Chenzhou, dia disambut oleh tiga lelaki dan dikatakan telah berjaya membuat pengeluaran buah pinggang pada 28 April lalu. Selepas terlantar di sebuah hospital selama tiga hari, pelajar tersebut pulang ke rumah dengan perasaan gembira bersama iPad2 dan laptop terbarunya.



Sewaktu berada di rumah, ibunya bertanya kepada pelajar tersebut tentang gajet terbaru anaknya. Anaknya menceritakan perkara tersebut tanpa sebarang rasa bersalah.

Hasilnya, ibu kepada pelajar tersebut telah membuat laporan polis. Dan kini, mereka tidak dapat menghubungi ahli sindiket tersebut kerana telefon bimbit telah dimatikan..

Kembali kepada pelajar tersebut pula, pelajar tersebut telah mula mengalami perubahan kesihatan akibat daripada komplikasi kehilangan organ tersebut.

Sindiket ini begitu berleluasa di China. Maka, kegiatan penjualan organ ini telah lama diharamkan oleh kerajaan China.. Pada tahun lalu, kos bagi pemindahan organ yang datang ke China (transplant tourist) dikatakan telah  mencecah sehingga £50, 000.  Renungkan bersama...

***Mengapa semua ini boleh berlaku. Adakah kerana tahap materialistik anak muda sekarang semakin membimbangkan.. Apakah ini yang akan kita wariskan kepada generasi seterusnya. buah pinggang = ipad 2 + laptop.

No comments:

Post a Comment