mencari sesuatu....

Friday 5 August 2011

Parking haram: Kerajaan patut belajar dari ini

Bayangkan jika anda melihat sendiri sebuah tank merempuh sebuah kereta yang parking di tepi jalan. Wouuu.... Memang hancur remuklah jawapannya.

Itulah cara yang digunakan oleh seorang Datuk Bandar Vilnius di Lithuania bagi menangani masalah parking di tepi jalan.secara haram. Arturas Zuokas menemui cara ini kerana kekesalan sikap pemandu yang tidak ambil peduli sebarang tanda mahupun amaran.

Dengan idea yang ekstreme ini, Zoukas telah menemui sebuah Mercedes Benz yang sedang paking di tepi jalan sebagai calon yang sesuai untuk diremukkan.

Selepas meremukkan kereta tersebut, beliau sempat membersihkan kawasan remukan kemudian balik dengan menggunakan basikalnya.

2 hari sebelum remukan kereta Mercedes tersebut, beliau berkata " apa yang harus kita lakukan bagi pemandu yang merasakan mereka berada di atas undang-undang. Maka, tanklah jawapannya.

Sebenarnya kereta Mers tersebut bukanlah kereta milik tertentu, itu hanyalah satu lagak ngeri yang dibayar oleh Datuk Bandar tersebut. Namun disebaliknya, pasti pemandu di Vilnius berfikir panjang sebelum meletakkan kereta mereka di tepi jalan.

Lihat video tersebut...



Sumber: yahoo.com

1 comment:

  1. betul3x... kerajaan patut buat sesuatu yang kreatif untuk mengajar parking haram... memang saaakit hati 110%....

    ReplyDelete