mencari sesuatu....

Tuesday 12 July 2011

PC Apple pertama : Komputer

Suatu masa dahulu, jika sebut "apple" semua akan membayangkan sebiji buah apple. Namun kini semuanya telah  berubah, Apple juga boleh  merujuk kepada sebuah jenama komputer yang terkenal. Silap haribulan, suruh beli buah apple, komputer Apple pula yang dapat..Waa...Banyak untunglah macam tue...

Disebabkan kegilaan terhadap jenama Apple, ada yang sanggup jual buah pinggang untuk mendapatkan Gadjet dari Apple ni iaitu iPad2. Dan macam-lagi kejadian yang berlaku disebabkan oleh jenama Apple ini. Belum kira lagi sewaktu perbukaan pertama dulu. Itu saya tak nak cerita lebih lanjut lagi.

Tapi Tahukah anda bagaimana rupa Komputer Apple yang pertama..



Dua rakan Steve Jobs dan Steve Wozniak telah mereka sebanyak 200 buah unit komputer jenis ini yang diberi nama Apple Computer pada 1976. Ia dijual pada harga USD666.66. Pada masa tu kira comel jugak la komputer ni.. Tambahan pula ia adalah teknologi paling canggih masa tu.. Mesin taip vs Komputer. Pada lelongan baru-baru ni... Komputer ini telah berjaya dijual pada harga USD210,000. Sewaktu lelongan, Steve Wozniak membuat penampilannnya dan meletakkan autografnya pada komputer ini. Pemenang komputer ini pula  ingin menyimpannya dalam keadaan asal tanpa membuat sebarang modifikasi. Ia datang bersama motherboard dan sedia untuk digunakan. Nilai estetika menjadikannya begitu berharga..

1 comment:

  1. sapa yang ada komputer ini pada masa tue.. kira canggih jugaklah... tayang di ruang tamu.... huhuhu

    ReplyDelete